Dasar Privasi EduV Marketing Hub
Versi 2026-10-19 · berkuat kuasa 19 Oktober 2026
Halaman ini menerangkan data yang kami simpan apabila anda menggunakan EduV Marketing Hub, sebab kami menyimpannya, siapa yang boleh melihatnya, dan hak anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Kami cuba terangkan dengan bahasa yang mudah.
Siapa kami
EduV Marketing Hub (hub.eduv.my) ialah aplikasi pembelajaran marketing percuma dalam Bahasa Melayu: 65 modul (Teras, lima laluan watak dan Kolaborasi) dengan nota, audio, kuiz, tugasan praktikal, Skor Pemasaran dan sijil, serta pustaka ringkasan video dan taktik jualan. EduV Marketing Hub dikendalikan oleh EDUV TECH (M) SDN. BHD. ("EduV", "kami").
Data yang kami simpan
Profil anda (diisi semasa mendaftar, wajib untuk membaca kandungan penuh):
- Nama penuh
- Nombor telefon bimbit
- Tahun lahir
- Negeri
- Jantina
- Pekerjaan
- Persetujuan PDPA anda, bersama tarikh persetujuan dan versi dasar privasi yang anda setujui
- Tiga kebenaran tambahan yang anda pilih sendiri (semuanya tidak wajib): dihubungi tentang program EduV, jawapan digunakan untuk penyelidikan tanpa nama, dan profil di-share dengan rakan kongsi EduV untuk peluang kerja atau kolaborasi
- Siapa yang mengajak anda, jika anda mendaftar melalui link ajakan seorang pengguna
Pembelajaran anda:
- Watak yang anda pilih (Owner, Marketer, Content Creator, Sales, Admin).
- Jawapan tugasan praktikal. Jawapan pilihan disimpan dalam julat tetap (contohnya jualan bulanan RM1,001 hingga RM5,000), bukan angka tepat, dan dikira tanpa nama untuk statistik EduV. Jawapan bertulis disimpan dalam rekod anda.
- Modul yang selesai, keputusan Skor Pemasaran dan sijil yang dikeluarkan (nama, laluan, tarikh dan kod pengesahan; sesiapa yang ada kod boleh mengesahkan sijil).
Akaun dan penggunaan:
- Alamat emel dan cara anda log masuk (emel dan kata laluan, Google atau Apple). Kata laluan disimpan oleh Firebase Authentication dan kami tidak dapat membacanya.
- Kemajuan bacaan, markah kuiz, simpanan (bookmark) dan rekod hari berturut-turut (streak).
- Token notifikasi peranti, jika anda membenarkan notifikasi, supaya kami boleh memberitahu tentang ringkasan baharu.
- Rekod pesanan bayaran, jika ada: nombor rujukan (contohnya JF-000123), jumlah dan status. Kami tidak pernah melihat butiran kad atau akaun bank anda. Bayaran FPX diuruskan sepenuhnya oleh CHIP.
Sebab kami menyimpannya
- Untuk memberi anda akses kepada kandungan EduV Marketing Hub.
- Untuk menghantar maklumat tentang kandungan dan program EduV kepada anda, mengikut persetujuan yang anda beri semasa mendaftar.
- Untuk memperibadikan pengalaman anda, contohnya menyambung bacaan dan menyimpan markah kuiz.
- Untuk memahami kandungan mana yang paling membantu, supaya kami boleh menambah baik EduV Marketing Hub.
- Untuk membina statistik agregat tanpa nama tentang PKS dan pasukan marketing di Malaysia (contohnya berapa ramai pemilik bisnes dengan bajet pemasaran dalam julat tertentu).
- Untuk penyelidikan dan perkongsian dengan rakan kongsi, hanya jika anda memberi kebenaran tambahan itu. Anda boleh menariknya balik bila-bila masa di Edit Profil.
Siapa yang boleh melihat data anda
Hanya kakitangan EduV yang mempunyai akses admin. Data anda disimpan dan diproses untuk kami oleh penyedia perkhidmatan berikut:
- Google Firebase: log masuk dan pangkalan data, disimpan di rantau asia-southeast1 (Singapura).
- Cloudflare: pengehosan laman web dan penghantaran kandungan.
- CHIP: pemprosesan bayaran, jika anda membuat bayaran.
Kami tidak menjual data anda dan tidak memaparkan iklan dalam EduV Marketing Hub.
Keselamatan
Semua sambungan disulitkan (HTTPS). Akses kepada data dikawal oleh peraturan keselamatan pangkalan data: anda hanya boleh membaca data anda sendiri.
Berapa lama kami simpan
Data anda disimpan selagi akaun anda wujud. Apabila akaun dipadam, profil dan data penggunaan anda turut dipadam. Rekod pesanan bayaran disimpan untuk tujuan perakaunan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.
Hak anda di bawah PDPA 2010
- Akses: minta salinan data peribadi anda yang kami simpan.
- Pembetulan: betulkan profil anda sendiri dalam aplikasi (Profil > Kemas kini profil), atau minta kami membetulkannya.
- Tarik balik persetujuan: beritahu kami bila-bila masa jika anda tidak mahu lagi menerima maklumat kandungan dan program.
- Pemadaman: padam akaun dan data anda.
Cara memadam akaun
Dalam aplikasi: Profil > Delete Akaun. Atau emel kami. Langkah penuh ada di halaman Padam Akaun EduV Marketing Hub.
Hubungi kami
Untuk sebarang soalan atau permintaan tentang data anda, emel eduvtechnology@gmail.com.
Perubahan dasar
Jika dasar ini berubah, kami akan mengemas kini versi dan tarikhnya di halaman ini.
EduV Marketing Hub Privacy Policy
Version 2026-10-19 · effective 19 October 2026
This page explains what data we store when you use EduV Marketing Hub, why we store it, who can see it, and your rights under Malaysia's Personal Data Protection Act 2010 (PDPA). We have tried to keep it plain.
Who we are
EduV Marketing Hub (hub.eduv.my) is a free Bahasa Melayu marketing learning app: 65 modules (Teras, five role tracks and Kolaborasi) with notes, audio, quizzes, practical tasks, a Skor Pemasaran diagnostic and certificates, plus a library of video digests and sales tactic cards. EduV Marketing Hub is operated by EDUV TECH (M) SDN. BHD. ("EduV", "we").
What we store
Your profile (filled in at registration, required to read the full content):
- Full name
- Mobile phone number
- Year of birth
- State
- Gender
- Occupation
- Your PDPA consent, with the date you gave it and the version of the privacy policy you agreed to
- Three extra permissions you choose yourself (all optional): being contacted about EduV programmes, your answers used for anonymous research, and your profile shared with EduV partners for job or collaboration opportunities
- Who invited you, if you signed up through another user's invite link
Your learning:
- The roles you picked (Owner, Marketer, Content Creator, Sales, Admin).
- Your practical task answers. Multiple-choice answers are stored as fixed ranges (for example monthly sales RM1,001 to RM5,000), not exact figures, and counted anonymously for EduV's statistics. Written answers are kept in your record.
- Modules completed, your Skor Pemasaran result and certificates issued (name, track, date and a verification code; anyone with the code can verify a certificate).
Account and usage:
- Your email address and how you sign in (email and password, Google or Apple). Passwords are held by Firebase Authentication and we cannot read them.
- Reading progress, quiz scores, bookmarks and your daily streak.
- A device push notification token, if you allow notifications, so we can tell you about new digests.
- Payment order records, if any: the reference number (for example JF-000123), the amount and the status. We never see your card or bank details. FPX payments are handled entirely by CHIP.
Why we store it
- To give you access to EduV Marketing Hub content.
- To send you updates about EduV content and programmes, under the consent you gave at registration.
- To personalise your experience, for example resuming your reading and keeping your quiz scores.
- To understand which content helps most, so we can improve EduV Marketing Hub.
- To build anonymous aggregate statistics about Malaysian SMEs and marketing teams (for example how many business owners have a marketing budget in a given range).
- For research and for sharing with partners only if you gave that extra permission. You can withdraw it at any time in Edit Profil.
Who can see your data
Only EduV staff with admin access. Your data is stored and processed for us by these service providers:
- Google Firebase: sign-in and database, stored in region asia-southeast1 (Singapore).
- Cloudflare: website hosting and content delivery.
- CHIP: payment processing, if you make a payment.
We do not sell your data and we do not show ads in EduV Marketing Hub.
Security
All connections are encrypted (HTTPS). Database security rules control access: you can only read your own data.
How long we keep it
Your data is kept for as long as your account exists. When the account is deleted, your profile and usage data are deleted with it. Payment order records are kept for accounting, as the law requires.
Your rights under the PDPA 2010
- Access: ask for a copy of the personal data we hold about you.
- Correction: correct your own profile in the app (Profil > Kemas kini profil), or ask us to correct it.
- Withdraw consent: tell us at any time that you no longer want content and programme updates.
- Deletion: delete your account and your data.
How to delete your account
In the app: Profil > Delete Akaun. Or email us. The full steps are on the account deletion page.
Contact us
For any question or request about your data, email eduvtechnology@gmail.com.
Changes to this policy
If this policy changes, we will update its version and date on this page.